Abe Ukur Tanah by TBB Group

Ada masalah tanoh?
Tanyo jah Abe.

Maskot Abe Ukur Tanah memegang tiang prisma ukur

Sebelum keluar duit besar untuk ukur rasmi, Abe turun dulu dengan kadar bermula RM400 untuk menyemak dan menunjukkan kedudukan anggaran sempadan lot anda di tapak. Semakan ini membantu anda mengetahui sama ada isu sempadan perlu disiasat dengan lebih lanjut.

Tok keno bayar gapo pun, wosak selaluh! Sebut harga diberi dahulu, sebelum tarikh kerja ditetapkan.

Semakan kedudukan sempadan, ukur topografi, setting out, as-built, pemetaan udara dan laut serta pengesanan utiliti bawah tanah. Untuk pemilik tanah, kontraktor, pemaju dan perunding di Kelantan.

WhatsApp 011-1091 9659, nombor sama di bio TikTok @abeukurtanah

  • SSM TBB Group Enterprise (KT0447339-H)
  • Rekod kerja 600+ video kerja lapangan di TikTok
  • Liputan Seluruh negeri Kelantan

“Barang siapa yang mengambil satu jengkal tanah secara zalim, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh petala bumi di lehernya pada hari kiamat.”

Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Sempadan tanah bukan perkara kecil. Itu sebab Abe kerja ikut data, bukan ikut agakan. Abe juga terus terang tentang apa yang Abe boleh dan tidak boleh buat.

Yang mana satu masalah tanah anda?

Tekan mana-mana satu, terus masuk WhatsApp Abe dengan masalah anda sudah tertulis. Tak payah taip panjang, dan bertanya memang percuma.

Mesej boleh diubah sebelum dihantar. Lampirkan gambar geran dan kongsi lokasi tanah sekali.

Sempadan tanah Kalau isu anda pasal di mana sempadan sebenarnya berada.

Pengesahan sempadan untuk pejabat tanah, bank atau mahkamah, dan pecah sempadan, wajib dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen. Lihat kerja yang perlu JTB

Masalah anda tiada dalam senarai? Cerita terus pada Abe

Apa yang Abe buat di tapak

Kerja ukur bukan hak milik (topografi, setting out, as-built, pemetaan udara dan utiliti) serta semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak anda.

Semakan kedudukan sempadan

Abe bantu kesan dan tunjukkan kedudukan anggaran sempadan lot anda di atas tapak, berdasarkan data lot dan dokumen berkaitan. Ini termasuk membantu mencari batu sempadan sedia ada yang tertanam atau dalam semak. Titik ditanda dengan pancang rujukan sementara milik Abe, bukan batu sempadan rasmi.

Ukur topografi

Mengumpul data keadaan sebenar tapak: aras tanah, kontur, bangunan, jalan, longkang, struktur, pokok dan ciri fizikal sedia ada, untuk perancangan dan reka bentuk.

Ukur kejuruteraan

Kerja ukur sokongan untuk projek pembinaan dan infrastruktur: cerapan statik GNSS, kerja total station, pemindahan aras dan kawalan tapak.

Ukur penandaan tapak (setting out survey)

Memindahkan maklumat dari pelan kepada kedudukan sebenar di tapak: kedudukan bangunan dan infra (jalan, longkang, kabel dan paip bawah tanah serta landskap), titik piling, grid, koordinat, jajaran, offset dan level/elevation.

Pengesanan & pemetaan utiliti

Mengesan dan memetakan utiliti bawah tanah (paip air, kabel elektrik, telekomunikasi, sewerage, culvert) menggunakan kaedah seperti EML dan GPR mengikut keadaan tapak.

Pemetaan udara (drone)

Pemetaan UAV bagi kawasan yang bersesuaian. Output termasuk aerial imagery, orthophoto, point cloud, digital surface model, model 3D dan data topografi. Penerbangan dijadualkan selepas kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Apa Abe boleh buat, dan bila anda perlu Juruukur Tanah Berlesen

Abe bukan Juruukur Tanah Berlesen (JTB), dan Abe beritahu anda awal-awal, bukan selepas anda bayar. Abe boleh buat kerja ukur bukan hak milik dan semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak.

Semakan Abe dari RM400

  • Semakan kedudukan sempadan lot di tapak (kedudukan anggaran)
  • Pancang rujukan sementara di titik sempadan
  • Laporan semakan tapak dengan lakaran kedudukan (pilihan)

Untuk rujukan dan perancangan tapak, sebelum keluar duit besar untuk ukur rasmi.

Ukur rasmi oleh JTB

  • Pengesahan sempadan rasmi dan pelan yang diperakui
  • Penanaman atau penggantian batu sempadan rasmi
  • Pecah sempadan dan pecah bahagian tanah
  • Ukur kadaster (ukur hak milik)
  • Pelan serahan jalan atau hak laluan yang perlu diperakui

Bila urusan sampai ke pejabat tanah, bank atau mahkamah.

Abe semak dulu kemudian Ukur rasmi oleh JTB, jika perlu

Nak pastikan sendiri siapa JTB berdaftar? Semak senarai rasmi Lembaga Juruukur Tanah

Abe datang ke jajahan mana?

Seluruh Kelantan. Tekan jajahan anda: caj perjalanan terus keluar, dan WhatsApp Abe dah tertulis dengan lokasi anda.

Sempadan jajahan dipetik daripada data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Caj perjalanan mengikut jadual sebut harga terbitan Abe (lihat kadar penuh).

Kira anggaran harga semakan sempadan tanah anda

Guna kadar terbitan Abe untuk kerja semakan sempadan lot di Kelantan. Jawapan keluar terus, termasuk caj perjalanan dan keadaan kawasan, bukan disorok sampai hari kerja.

Geran guna unit lain? Tukar di sini

Laporan semakan tapak mengandungi lakaran kedudukan yang Abe dapat di tapak. Ia bukan pelan ukur yang diperakui.

Anggaran RM–

Kadar penuh upah semakan sempadan lot di Kelantan

Abe buka kadar awal-awal (termasuk caj perjalanan dan keadaan kawasan) supaya anda boleh banding dan bajet sendiri sebelum hubungi sesiapa.

1. Kadar bayaran asas

Kadar asas semakan sempadan mengikut keluasan tanah
Keluasan tanahKadar
Kurang 1 ekar (sehingga 4 titik sempadan)RM400
Lebih 1 ekar, kurang 2 ekar (sehingga 5 titik sempadan)RM700
Lebih 2 ekar, kurang 4 ekar (sehingga 6 titik sempadan)RM1,200
Lebih 4 ekar (sehingga 6 titik sempadan)RM300 / ekar

Kadar asas di atas adalah untuk kerja di Kota Bharu. Jajahan lain dikenakan caj tambahan tempat di bawah.

2. Caj tambahan: tempat

Caj tambahan mengikut jajahan
JajahanCaj
Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Pasir MasRM50
Machang, Tanah Merah, Rantau PanjangRM100
Jeli, Kuala Krai, BesutRM150
Gua Musang (termasuk hotel 1 malam)RM250

3. Caj tambahan: keadaan kawasan

Caj tambahan mengikut keadaan kawasan
Keadaan kawasanCaj
Bandar, padi, semak atau berairRM50
HutanRM100
BukitRM150

4. Kadar mengikut bilangan titik sempadan

Kadar seunit titik sempadan mengikut keadaan kawasan dan bilangan
Keadaan kawasan 1–10 titik 11–20 titik 21 titik ke atas
Kawasan terangRM50RM45RM35
Bandar / padi / semak / berairRM70RM65RM55
Hutan / bukitRM100RM95RM85

Kadar seunit titik sempadan, berkaitan dengan bilangan titik yang terlibat dalam kerja.

5. Laporan semakan tapak

RM150

Contohnya: semakan bagi tanah kurang 1 ekar di Kota Bharu adalah RM400 sahaja, atau RM550 termasuk laporan semakan tapak.

Kadar ini diterbitkan oleh Abe Ukur Tanah untuk kerja semakan sempadan lot di Kelantan. Kerja lain (topografi, setting out, as-built, drone dan utiliti) disebut harga mengikut skop tapak. Minta sebut harga

Kerja yang Abe dah buat

Abe rekod kerja lapangan sendiri di TikTok dan Facebook, lebih 600 video setakat ini.

Gambar dari tapak

Gambar dan video dari tapak kerja Abe, dikongsi sendiri oleh Abe untuk laman ini.

Senarai kerja ini daripada Abe sendiri; kebanyakannya ada video di TikTok Abe. Abe memproses data pemetaan udara menggunakan Pix4Dmapper, dan menggunakan total station serta GNSS di tapak.

Apa kata pelanggan Abe

Dipetik terus daripada borang komen pelanggan Abe, Julai 2025 hingga April 2026. Setiap pelanggan di sini bersetuju komen mereka dipaparkan di laman web.

4.96 daripada 5, purata 28 penilaian. 37 pelanggan beri komen.

  • “Tokey sene buat kiro. Mudoh baso. Nextt job buleh cari pulok”

    Alif, Jeli

  • “Sudoh 3kali guno khidmat ukur tanoh nga syarikat ni. Alhamdulillah, meme puah hati.”

    Pakcu, Bachok dan Pasir Mas

  • “Hanya berurusan melalui aplikasi WhatsApp, sebabkan saya bermaustatin jauh. Namun kerja diselesaikan dengan cepat, sempurna dan amanah. Sangat boleh dipercayai utk sebarang urusan tanah.”

    Fazlini, Pasir Hor, Kota Bharu

  • “Alhamdulillah kerja cukup professional dan siap dlm masa yg dijangkakan dgn bayaran yg wajar. Sangat berpuas hati.”

    Amran, Machang

  • “Abe ni memey terbaik.. buat kijo permudoh urusan orang.. bayaran dan jalan kijo xpayah cerito la dey rama suko gak.. mesti molek.. terbaik!!!”

    Syahid, Kota Bharu

  • “Sangat berpuas hati.. penerangan yang jelas lagi detail.. sangat membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan..”

    Hazmi, Kota Bharu

  • “Puas hati sangat. Mudoh baso seney kiro. Rego pon muroh.”

    Suhaimi, Kota Bharu

  • “Bagus, Abe ni mudah baso. Senang oyat mudah bawa bincang.”

    Ida, Bachok

Pernah guna khidmat Abe? Tinggalkan komen anda (borang Google, tab baharu)

Penukar unit tanah & semakan lot

Geran lama guna depa, ling, rantai dan relung. Tukar terus di sini sebelum berbincang dengan sesiapa.

Penukar unit keluasan

  • Masukkan nilai untuk menukar unit. Penukar ini perlukan JavaScript.

Penukar unit jarak

  • Masukkan nilai untuk menukar unit. Penukar ini perlukan JavaScript.

Empat langkah, dari WhatsApp ke serahan data

  1. 1

    WhatsApp Abe

    Hantar gambar geran dan lokasi tanah. Ceritakan apa masalah atau apa yang anda perlukan. Bertanya percuma.

  2. 2

    Sebut harga jelas

    Abe balas dengan kos yang jelas mengikut kadar terbitan, sebelum tarikh kerja ditetapkan. Bayaran dibuat melalui pindahan ke akaun TBB Group Enterprise dan anda terima resit rasmi. Bagi kerja RM2,000 ke atas, deposit dikenakan.

  3. 3

    Kerja di tapak

    Pasukan Abe turun padang dengan total station, GNSS atau dron untuk ambil data tapak.

  4. 4

    Serahan data

    Data dan laporan dihantar terus ke WhatsApp atau emel anda.

Kenapa Abe?

Abe mula terlibat dalam kerja ukur lapangan pada tahun 2009, ketika turun ke tapak setiap cuti semester. Dengan pengalaman lebih 15 tahun, Abe telah membantu pemilik tanah, kontraktor, pemaju dan perunding (jurutera, arkitek dan perancang bandar) menyelesaikan masalah di tapak di seluruh jajahan negeri Kelantan.

  • Terus terang tentang had kerja

    Sebelum anda bayar, bukan selepas, Abe beritahu apa yang Abe boleh buat dan apa yang wajib dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.

  • Kos dibuka awal

    Kadar penuh, caj perjalanan dan caj keadaan kawasan semuanya tertulis di laman ini.

  • Di lapangan sejak 2009

    Abe di lapangan sejak 2009, membawa lebih 15 tahun pengalaman kerja ukur.

  • Pelanggan tetap & cadangan mulut ke mulut

    Sekarang banyak kerja Abe datang daripada pelanggan tetap dan cadangan pelanggan lama.

  • Liputan seluruh Kelantan

    Dari Tumpat sampai Gua Musang: caj perjalanan setiap jajahan pun sudah tertulis, bukan dikira kemudian.

Siapa yang Abe bantu

  • Pemilik tanah & pemilik rumahNak tahu kedudukan sempadan, keadaan tanah, atau nak buat pembangunan.
  • Orang yang nak jual tanahSempadan yang tak jelas di tapak selalu jadi alasan pembeli minta diskaun atau tangguh booking.
  • KontraktorPerlukan setting out, as-built, topografi dan data tapak.
  • Pemaju hartanahPerlukan data ukur untuk perancangan dan pembangunan.
  • Perunding teknikalTermasuk jurutera, arkitek dan perancang bandar yang memerlukan data ukur sebagai input untuk reka bentuk, perancangan, koordinasi dan pelaksanaan projek.
  • Syarikat & organisasiUntuk projek pembangunan, infrastruktur, utiliti dan pemetaan.
  • Pemilik kebun & tanah pertanianNak tahu keadaan dan maklumat tapak sebelum kerja pembangunan atau perancangan.

Soalan yang orang sokmo tanya Abe

Tanya pun kena bayar ke?

Tidak. Bertanya dan mendapatkan maklumat awal adalah percuma. Abe akan fahamkan dahulu masalah atau keperluan anda, kemudian beri sebut harga sebelum tarikh kerja ditetapkan.

Abe ini Juruukur Tanah Berlesen ke?

Abe bukan Juruukur Tanah Berlesen. Abe menyediakan kerja ukur bukan hak milik, semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak, ukur topografi, setting out, as-built, pemetaan udara, pengesanan utiliti dan khidmat nasihat teknikal.

Kenapa RM400, sedangkan ukur tanah biasa beribu-ribu?

Kadar bermula RM400 adalah bagi kerja semakan kedudukan sempadan untuk rujukan dan perancangan tapak, bukan ukur kadaster atau pengesahan sempadan rasmi. Ukur rasmi, pelan diperakui dan urusan hak milik perlu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.

Batu sempadan saya dah hilang atau tertanam dalam semak. Boleh jumpa?

Abe boleh bantu mencari batu sempadan sedia ada yang hilang atau tertanam. Walaupun hanya satu atau dua batu sempadan yang ingin dicari, pasukan Abe tetap perlu menyemak data lot, batu sempadan lain dan keadaan tapak untuk membantu mengenal pasti kedudukan anggaran sempadan. Jika batu sempadan perlu ditanam semula, kerja itu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen. Kadar asas bermula RM400 bagi tanah kurang satu ekar di Kota Bharu; caj tambahan mungkin dikenakan mengikut lokasi dan keadaan tapak.

Boleh guna hasil kerja Abe untuk pejabat tanah, bank atau mahkamah?

Tidak. Hasil semakan Abe adalah untuk rujukan dan perancangan tapak sahaja. Pengesahan sempadan rasmi, penanaman batu sempadan, pecah sempadan dan pelan yang diperakui perlu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.

Boleh buat semakan sebelum saya beli tanah?

Boleh. Semakan awal membantu anda memahami keadaan tapak, akses masuk, kedudukan anggaran sempadan dan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat keputusan membeli tanah.

Apa yang saya perlu sediakan sebelum WhatsApp Abe?

Hantar lokasi tanah, gambar geran jika ada, nombor lot atau maklumat mukim dan daerah, serta penerangan ringkas tentang masalah atau kerja yang anda perlukan. Ini membantu Abe membuat semakan awal dan menyediakan anggaran yang lebih sesuai.

Abe datang ke jajahan saya?

Abe menyediakan perkhidmatan di seluruh Kelantan. Caj perjalanan bergantung pada jajahan dan telah disenaraikan di laman ini. WhatsApp Abe dengan lokasi tanah anda untuk pengesahan.

Kalau tanah penuh semak, berbukit atau berair, masih boleh buat semakan?

Boleh, tertakluk pada keadaan serta keselamatan tapak. Kawasan semak tebal, hutan, bukit atau berair mungkin memerlukan masa, tenaga kerja dan peralatan tambahan. Abe akan jelaskan caj berkaitan dalam sebut harga sebelum kerja ditetapkan.

Abe boleh bantu kalau geran ada ramai penama?

Boleh. Abe boleh membantu dari sudut semakan tapak dan khidmat runding cara awal bersama pemilik. Jika urusan tersebut memerlukan pecah bahagian, pecah sempadan atau pengeluaran hak milik baharu, ia perlu dirujuk kepada Juruukur Tanah Berlesen dan pihak berkuasa berkaitan.

Cerita pada Abe

Lepas kerja siap, saya akan dapat apa?

Bergantung pada skop kerja, Abe akan serahkan maklumat, data, lakaran atau laporan semakan tapak yang berkaitan. Bagi semakan sempadan, hasil kerja adalah untuk rujukan dan perancangan tapak, bukan pelan ukur yang diperakui.

Bagaimana khidmat susulan selepas kerja siap?

Jika anda memerlukan lawatan susulan bagi isu yang berkaitan dengan kerja terdahulu, Abe boleh bantu semak semula keadaan tapak. Kebiasaannya, caj susulan adalah sekitar 50% daripada nilai sebut harga asal, tertakluk pada lokasi, keadaan tapak dan skop masalah. WhatsApp Abe untuk bincang penyelesaian yang sesuai.

Abe ada pejabat untuk saya datang jumpa?

Urusan awal boleh dibuat terus melalui WhatsApp untuk menjimatkan masa. Jika pertemuan diperlukan, Abe akan maklumkan susunan yang sesuai mengikut jenis urusan dan lokasi.

Gambar geran saya selamat tak?

Maklumat dan gambar geran digunakan untuk tujuan semakan serta penyediaan sebut harga sahaja. Gambar geran disimpan dalam WhatsApp Abe untuk rujukan kerja anda pada masa akan datang, dan hanya staf Abe yang boleh melihatnya. Jangan hantar maklumat yang tidak berkaitan, dan hubungi Abe jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang dokumen yang dikongsikan.

Ada masalah tanoh?
Tanyo jah Abe.

Hantar gambar geran dan lokasi. Abe balas dengan sebut harga yang jelas mengikut kadar yang tertulis di halaman ini, dan bertanya memang percuma.

Call Abe, wosak Abe kalu nok ukur tanoh.

Abe biasanya balas antara 9 pagi hingga 6 petang, Sabtu hingga Khamis, ikut giliran. Voice note pun boleh.

WhatsApp 011-1091 9659, nombor sama di bio TikTok @abeukurtanah

#ukurdenganabe#abedisiniuntukanda#ukurtanahkelate

Kira kos WhatsApp Abe